alat kemahiran berfikir
APA ITU ALAT KEMAHIRAN BERFIKIR?
APA ITU PENGURUSAN GRAFIK?
- Pengurusan grafik adalah penyajian data yang terdapat dalam jadual yang ditampilkan ke dalam bentuk gambar untuk mewakili perhubungan antara maklumat berkaitan sesuatu idea atau fokus.
- Terdapat beberapa jenis pengurusan grafik yang digunakan dalam aktiviti pembelajaran, iaitu membanding dan membeza, rajah jaringan, meneliti perhubungan bahagian-keseluruhan dan membuat urutan mengikut pangkat
APA ITU PETA MINDA?
- Peta minda ialah sejenis rajah yang dilukis untuk meringkaskan maklumat, idea, tugasan atau huraian yang padat.
- Terdapat beberapa jenis peta minda yang sering digunakan oleh para pelajar khususnya untuk nota kaki, contohnya, jenis cabang, jenis kitaran dan jenis tulang ikan.
- diasaskan oleh Tony Buzan pada tahun 1984
APA ITU PETA I-THINK?
- Peta i-Think pula didefinisikan sebagai innovative thinking (pemikiran inovatif) yang bertujuan untuk meningkatkan dan membudayakan kemahiran belajar dalam kalangan pelajar ke arah melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif.
- Program ini adalah hasil usahasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) setelah dirintis di sepuluh buah sekolah sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia
- Terdapat 8 bentuk peta i-Think: Peta Bulatan, Peta Titi, Peta Buih, Peta Buih Berganda, Peta Pokok, Peta Dakap, Peta Alir
Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.
2. Bubble Map (Peta Buih)
Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.
3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)
Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu
4. Tree Map (Peta Pokok)
Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.
5. Brace Map (Peta Dakap)
Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.
6. Flow Map (Peta Alir)
Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.
Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.
8. Bridge Map (Peta Titi)
Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.
Comments
Post a Comment